Akhirnya Sebuah Impian Mohamed Rahmat

Dato Mohamed Rahmat telah menulis sebuah buku memoir selepas lama bersara dari jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO. Buku 'Umno: Akhir Sebuah Impian' memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin UMNO terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan . Beliau menjadi ahli UMNO sejak Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn dan terakhir ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa menjadi pelajar di Indonesia di zaman Sukarno - beliau telah disalah anggap sebagai musuh republik itu tetapi apabila pulang ke tanah air, dituduh pula menjadi komunis.

Beliau meluat dengan sikap orang Singapura yang dianggapnya tidak sopan apabila berada di Malaysia.[perlu rujukan] Ini ada kaitan dengan nasionalis beliau dan sebagai anak jati Johor.

Pada 1977 beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan oleh Hussein Onn. Beliau ditugaskan untuk merampas kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Pada 1978, Hussein Onn dicabar oleh seorang ahli UMNO yang tidak begitu terkenal, Sulaiman Palestin dari Pulau Pinang . Dari situ Hussein sudah sedar ada mainan politik dalaman yang cuba menjatuhkan beliau.[perlu rujukan] Selepas UMNO diharamkan dan ditubuhkan semula, Mohamed menemui Hussein Onn memujuk beliau berkali-kali untuk menyertai UMNO Baru.[perlu rujukan] Malangnya pelawaan itu ditolak.

Mohamed turut mempelawa Tunku Abdul Rahman menyertai semula UMNO Baru tetapi ditolak. Tunku menjelaskan bahawa “Macam mana I nak maafkan dia? (Dr Mahathir). Dia tu jenis manusia yang tak boleh dipercayai langsung!”[perlu rujukan]

Mohamed cukup kagum dengan stail politik Dr Mahathir yang kemudiannya dikritik pula habis-habisan.[perlu rujukan] Mohamed cukup terkejut dan sedih apabila digugurkan sebagai Menteri Penerangan pada 1999.[perlu rujukan] Beliau digugurkan dari menteri Kabinet Malaysia oleh Dr. Mahathir.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah memberi kata pengantar dalam buku ini. Mohamed berpengalaman hampir 50 tahun dalam dunia politik Malaysia. Buku ini telah dilancarkan di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2009.Buku ini setebal 170 muka surat dijual RM30 senaskhah.